Jumaat, 2 November 2007

RUMUSAN

RUMUSAN PROJEK TERNAKAN PUYUH

Tarikh akhir fasa ke-2 Pertandingan Maxis Cyberlinq sudah sampai ke penghujung. Sepanjang tempoh masa pelaksanaan projek ini pelbagai aktiviti dan pengalaman ditempuhi oleh AJK Sinar Tandop. Pengalaman yang diperolehi oleh kami begitu bermakna dan juga cukup membuatkan kami berasa amat bangga.

Pada awalnya kami tidak begitu yakin untuk memasuki pertandingan Maxis Cyberlinq memandangkan pihak sekolah menerima surat jemputan pertandingan agak lewat dan tarikh akhir penyertaan kian suntuk. Apatah lagi dengan kepakaran yang sedikit dalam bidang ICT. Namun, dengan dorongan pihak sekolah dan juga rakan-rakan guru maka saya telah menubuhkan pasukan Sinar Tandop bagi menyahut cabaran pihak Maxis Cyberlinq.

Setelah menubuhkan pasukan Sinar Tandop yang mana terdiri daripada kalangan murid-murid tahun 5, kami semua sepakat untuk memilih projek Ternakan Puyuh. Projek ini kami pilih berdasarkan kepada faktor geografi serta ekonomi murid-murid dan juga para penduduk setempat. Selain itu juga kami ingin menyahut seruan kerajaan kita agar menjadikan bidang Pertanian & Penternakan sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negara kita Malaysia. Ini disokongan dengan keratan akhbar yang kami perolehi. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1028&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_03.htm&arc=hive
(Bawa anjakan baru sektor pertanian)

(3 cadangan martabatkan pertanian)

Pada 31 Ogos 2007 saya telah mendapat panggilan telefon daripada pihak Maxis Cyberlinq memberitahu tentang kejayaan pasukan Sinar Tandop ke peringkat seterusnya. Berita kejayaan ini kami kongsi bersama dengan pihak pentadbiran sekolah dan juga para guru. Sebelum melaksanakan projek ternakan puyuh ini, pihak kami telah melawat ke ladang ternakan puyuh (Jaya Puyuh Enterprise) bagi memberi sedikit gambaran tentang cara penternakan puyuh. Encik Nasir merupakan seorang penternak yang berjaya yang mana telah mendapat anugerah Peladang Jaya.

Dengan tidak berlengah lagi, pesanan bahan-bahan binaan dibuat setelah mengambil kira pandangan 'arkitek' kami, Cikgu Roshidi, guru Kemahiran Hidup.Dengan peruntukan RM 1000 yang diberikan oleh pihak Maxis Cyberlinq, kami sehabis daya agar kos pembinaan reban puyuh tidak melebihi budget yang kami peruntukan. Dengan semangat kerjasama warga SK Tandop, akhirnya reban puyuh ini siap dibina dalam masa lebih kurang 12 hari. Sepatutnya, kami menjangkakan reban ini boleh disiapkan dalam masa 1 minggu. Tetapi kami terpaksa melanjutkan kerja-kerja pembinaan memandangkan tibanya bulan Ramadhan, ditambah dengan kesibukan tugas-tugas yang lain. Di sini kami telah berjaya mengurangkan sedikit kos buruh.


Pada 24 September 2007, Guru Besar SK Tandop Besar, Tuan Haji Omar bin Man telah merasmikan pelepasan 200 ekor anak-anak puyuh. Dengan itu, bermulalah cabaran sebenar kami AJK Sinar Tandop. Murid-murid telah diberi penerangan tentang cara penjagaan puyuh dan jadual giliran penjagaan masing-masing.

Pada awalnya, saya telah memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada murid-murid cara menulis catatan di dalam blog yang telah disediakan. Tetapi, kami mengalami masalah kerana capaian talian internet di sekolah agak lambat dan ini mengganggu proses pembelajaran murid-murid. Oleh yang demikian, murid-murid diminta mencatat sebarang aktiviti yang dijalankan dan saya sebagai guru penasihat akan memasuk segala catatan mereka ke dalam blog.

Sepanjang perjalanan projek, banyak pengalaman yang kami perolehi, antaranya cara penjagaan, tabiat pemakanan dan tabiat puyuh. Murid-murid yang lain juga begitu berminat dengan puyuh-puyuh yang kami bela sehinggakan ada daripada kalangan guru mengadakan lawatan ke reban puyuh kami. Sepanjang tempoh ini juga sebanyak 8 ekor puyuh telah mati. Kami rasa dengan pengetahuan yang kami ada ditambah pula ini merupakan percubaan pertama kami, ia adalah sesuatu yang membanggakan.

Hampir 3 minggu kami menjaga puyuh-puyuh tersebut dan akhirnya hasilnya boleh dituai. Tempahan yang kami terima daripada para guru amat menggalakkan sehinggakan kami terpaksa menolak tempahan yang berlebihan.
Kami menyimpan sebanyak 36 ekor puyuh untuk dibiarkan bertelur. Dan akhirnya kami berjaya pada 21 Oktober 2007 apabila puyuh-puyuh itu sudah mula bertelur.

Memandangkan komitmen yang diberikan oleh AJK Sinar Tandop terhadap projek ternakan puyuh ini begitu tinggi serta membuahkan hasil, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Kemahiran Hidup akan meneruskan usaha ini sebagai satu proses dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Dari kajian yang dilakukan, penternakan dan penjagaan puyuh ini amat mudah dan mendatangkan hasil yang lumayan. Pendapat ini disokong oleh penulis yang merupakan penuntut IPT di dalam rencananya, 'Rahsia buat duit dengan puyuh' http://www.bisikanhati.com/blog dan juga laporan ini http://www.jphpk.gov.my/Malay/Jan03%2011.htm Ini kerana, di pasaran sekarang, permintaan puyuh amat tinggi berbanding dengan penawaran. Puyuh bersih biasanya dijual pada harga RM 1.80 sehingga RM 2.50 seekor. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh penternak dan juga kerajaan bagi membantu menjayakan bidang ini seperti khidmat nasihat, promosi, kursus dan juga pinjaman kewangan.
  1. http://www.geocities.com/puyuhemas06

  2. http://agrolink.moa.my/jph

  3. http://banktani.tripod.com/tum.htm

  4. http://www.puyuh.com/

  5. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
    (PBT diminta bantu FAMA tolong petani)

  6. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=1998&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=gaya%5Fhidup&pg=ls_03.htm&arc=hive (Salasiah pengedar burung puyuh)

Daripada usaha ditunjukkan oleh kerajaan itu, dengan segala kemudahan disediakan saya rasa projek penternakan puyuh ini juga boleh dijadikan salah satu daripada cabang penternakan yang boleh menjana ekonomi negara. Kami AJK Sinar Tandop berharap 'sinar' yang kami ingin sebarkan ini dapat menerangi negara pada satu hari kelak.

Rabu, 26 September 2007

PENGHARGAAN

SEKALUNG BUDI & PENGHARGAAN KEPADA:





Maxis Communications Berhad





Hotlink






Maxis Bridging Communities






Maxis CyberlinQ






Kementerian Pelajaran Malaysia








Jabatan Pelajaran Negeri Kedah





Pejabat Pelajaran Padang Terap Pendang






Sekolah Kebangsaan Tandop Besar









Syarikat Jaya Puyuh Sdn. Bhd.









Guru-guru SK Tandop Besar
















Para Pekerja SK Tandop Besar















Murid-murid SK Tandop Besar















Para Waris SK Tandop Besar






Serta semua pihak yang terlibat secara tidak langsung.

Isnin, 24 September 2007

KRONOLOGI


  • 18 JULAI 2007 - Daftar dan hantar proposal kepada penganjur.

  • 31 OGOS 2007 - Berjaya ke fasa ke-2.

  • 09 SEPTEMBER 2007 - Lawatan ke ladang ternakan puyuh. Taklimat kepada AJK Sinar Tandop.

  • 10 SEPTEMBER 2007 - Memesan/beli bahan binaan.

  • 11 SEPTEMBER 2007 - Menerima RM 1000 daripada penganjur. Gotong royong membina reban puyuh.

  • 23 SEPTEMBER 2007 - Reban siap sepenuhnya.

  • 24 SEPTEMBER 2007 - Pelepasan anak-anak puyuh oleh GB.

  • 27 SEPTEMBER 2007 - Lanjutan tarikh akhir (6/11/07)

  • 30 SEPTEMBER 2007 - 5 ekor anak-anak puyuh mati (26/9 - 30/9).

  • 08 OKTOBER 2007 - 3 ekor puyuh mati (02/10 - 08/10). Mula menerima tempahan puyuh daripada warga SKTB.

  • 10 OKTOBER 2007 - AJK Sinar Tandop mendapat 157 tempahan daging puyuh dan semuanya habis terjual. Sambutan amat menggalakkan.

  • 21 OKTOBER 2007 - Sudah ada puyuh yang mula bertelur (hari ke-43).

  • 05 NOVEMBER 2007 - Blog siap sepenuhnya.


MAKLUM BALAS







PERBELANJAAN

PERBELANJAAN BAGI TARIKH BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2007

  1. Bahan-bahan binaan = RM 398.80
  2. Anak-anak puyuh (200 ekor @ RM 1) = RM 200.00
  3. Makanan puyuh (2 guni @ RM 80) = RM 160.00
  4. Bekas makanan (2 @ RM 11) = RM 22.00
  5. Bekas minuman (3 @ RM 6) = RM 18.00
  6. Upah (makan/minum) = RM 70.40
  7. Kos luar jangka = RM 49.00
  8. Bekas makanan tambahan = RM 15.00

JUMLAH RM 933.20

FOTOGRAFI (Telur)

Berjaya Akhirnya...






AJK Sinar Tandop yang bersemangat tinggi.


Ini hasil kami...kenapa...tak percaya ke?



Puyuh-puyuh yang ditinggalkan untuk bertelur. Sangkar telur adalah sumbangan Encik Nasir (Jaya Puyuh).



Antara puyuh-puyuh yang sudah mula bertelur.




Dan bertelur lagi...




Kutip telur tu jangan tak kutip...





Macam tak percaya je kita berjaya bela sampai bertelur.









Kami bangga dengan usaha kami!





FOTOGRAFI (Penyembelihan)

PROSES PENYEMBELIHAN


Murid-murid sedang menangkap puyuh-puyuh untuk disembelih

Boleh makan puyuh lah kita hari ini...

Ooiitt...jangan lari..




101 ekor...ehh ye ke..?


Besar juga puyuh ni...












Perutnya mesti dibuang bersih dong...

Makan puyuh...!










Begini ye pak..?

FOTOGRAFI (Ragam Puyuh)

RAGAM PUYUH

Tabiat puyuh suka berada di pepenjuru.

Hidup berkumpulan...

Kalau dok macam ni...senang nak kena tangkap.



Eh...mati ke?
Tak...memang macam tu cara dia rehat...


Seminggu lagi jadi lauk puyuh ni...



FOTOGRAFI (Menjalankan Tanggungjawab)





Menyediakan bekas minuman puyuh...Kuat juga puyuh ni minum ye...






Nak kena tambah dedak lagi ni...






Tuang dedak bagi banyak...






Tuang macam ni ke?






Dak...macam ni lah.








Hang pun salah...macam ni lah.









Semua salah...cikgu habaq kena buat macam ni.