Selasa, 24 Julai 2007

SK Tandop Besar






Gambaran suasana di SK Tandop Besar













Antara Pelajar Cemerlang 5A yang mendapat pengiktirafan daripada Menteri Besar Kedah










Ahli Jawatankuasa Sinar Tandop



Nama: Ahmad Fadill bin Mohd Said
Jawatan: Guru Penasihat
Umur: 28 tahun






Nama: Nur Alia'a bt Hamzah
Jawatan: Pengerusi
Umur: 11 tahun







Nama: Mohd Azim Azizuddin bin Abdullah
Jawatan: Naib Pengerusi
Umur: 11 tahun




Nama: Nurul Shahida Syafina bt Khassim
Jawatan: Setiausaha
Umur: 11 tahun





Nama: Nabila Anis bt Nasuki
Jawatan: Bendahari
Umur: 11 tahun






Nama: Shahrul Ikhwan bin Ishak
Jawatan: AJK
Umur: 11 tahun




Nama: Mohd Mustaqim bin Ismail
Jawatan: AJK
Umur: 11 tahun







Nama: Abdul Ghaffar bin A. Karim
Jawatan: AJK
Umur: 11 tahun



Rabu, 18 Julai 2007

FASA 1 (CADANGAN)

"PERTANIAN DAN PENTERNAKAN MENJANA EKONOMI NEGARA"
(TERNAKAN PUYUH)

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Tandop Besar terletak di daerah Padang Terap, Kedah. Secara topografi, maka sekolah ini terletak di kawasan luar bandar di negeri Kedah Darul Aman. Pada amnya, pendapatan penduduk di sini adalah rendah. Maka program ini merupakan perintis dan motivasi ke arah peningkatan pendapatan penduduk.

Rasional

Program ini perlu dilaksanakan kerana:

  1. Murid-murid dapat menambah pengetahuan tentang habitat puyuh secara praktikal.
  2. Memberi pendedahan aspek keusahawanan kepada murid-murid.
  3. Memberi pendedahan menternak puyuh secara sistematik dan efisyen bagi menjana pendapatan alternatif.
  4. Pihak sekolah masih memerlukan sumbangan prasarana bagi membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Matlamat

  1. Membina anjakan paradigma murid tentang habitat haiwan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan efektif.
  2. Mewujudkan persekitaran landskap yang kondusif bagi melahirkan situasi pembelajaran yang menarik.
  3. Membantu masyarakat mewujudkan prasarana pembelajaran bagi memacu kecemerlangan pendidikan luar bandar.

Ahli Jawatankuasa

Penasihat: Ahmad Fadill bin Mohd Said

Pengerusi: Nur Alia'a bt Hamzah

Naib Pengerusi: Mohd Azim Azizuddin bin Abdullah

Setiausaha: Nurul Syahida Syafina bt Khassim

Bendahari: Nabila Anis bt Nasuki

AJK: 1. Shahrul Ikhwan bin Ishak

2. Mohd Mustaqim bin Ismail

3. Abdul Ghaffar bin A.Karim

Struktur Projek

  1. Perlantikan AJK (12 Julai 2007)
  2. Mesyuarat AJK kali pertama (15 Julai 2007)
  3. Mengenalpasti bajet dan lokasi
  4. Mesyuarat Pembentangan Projek (22 Julai 2007)
  5. Menghantar cadangan kepada pihak penganjur (23 Julai 2007)
  6. Perlaksanaan projek

Bajet

  1. Pembelian anak-anak puyuh (RM 0.70 x 100 ekor) = RM 70.00
  2. Makanan puyuh - dedak (2 bln x 2 guni x RM 55.00) = RM 220.00
  3. Makanan puyuh - dedak telur (1 guni x RM 75.00) = RM 75.00
  4. Bekas makanan (2 x RM 25.00) = RM 50.00
  5. Bekas air (2 x RM 15.00) = RM 30.00
  6. Vitamin (elakkan serangan penyakit) = RM 20.00
  7. Bina sangkar = RM 300.00
  8. Upah buruh membina sangkar = RM 100.00
  9. Kos luar jangka = RM 135.00

JUMLAH ANGGARAN KOS RM1000.00

Jangkaan Hasil Projek

  1. Pendedahan pengalaman dan pengetahuan kepada murid-murid.
  2. Menjana tabungan kepada murid-murid dan pihak sekolah.

Penutup

Semoga program ini menjadi perintis kepada kecemerlangan pelajaran sekolah di luar bandar secara efektif dan berterusan.